Wednesday, December 27, 2017

TRIP SHAKLEE: STAR CRUISE LIBRA PART 2

Assalamualaikum semua and Hye

Okay Yana nak sambung cerita daripada entry yang lepas.


Post kali nih Yana nak share dengan anda semua pengalaman yang Yana dapat sepanjang hari ke-2 mengikuti Trip Star Cruise Libra 5 hari 4 malam Port Klang - Langkawi - Phuket - Penang pada 22-26 November 2017 yang lalu. Trip ini ditaja sepenuhnya oleh Shaklee dan Alhamdulillah trip kali nih Yana dapat 3 tiket. So Yana bawa bersama Husband and my mother in law :)

Day 2 : Senam robik, Scavenger Hunt and Langkawi 
Shopping Spree


My morning view :)

Untuk waktu pagi di hari ke-2, kami semua diwajibkan pakai T-shirt hijau yang pihak Shaklee dah berikan. 


Sebelum mula aktiviti, kita breakfast dulu. Untuk breakfast kalau nak yang banyak pilihan atau buffet boleh lah pergi ke Mariners Restaurant di Deck 9. Bagi Yana sendiri, breakfast kat sini yang paling best.


Selepas breakfast di Mariners, kami terus berkumpul di area Deck 9 juga berdekatan dengan swimming pool untuk aktiviti senam robik. Dah lama sebenarnya tak exercise so memang best sangat laa dapat senam robik pagi tu. Selalu kat rumah bersenam dengan dak Ayish jer.


Ada instructor yang guide senam robik pagi tu.


Seronok sangat dapat berkumpul ramai-ramai macam nih. This is our big 
Shaklee Family :)


Sebahagian daripada my Spectacular Family :)


With my upline, Master Nana.


We're ready for Scavenger Hunt!

Lepas selesai senam aerobik pagi tu, kami ada aktiviti Scavenger Hunt. Aktiviti nih ala-ala macam explorace, kami kena cari setiap tempat ikut hint yang diberikan dan kami kena cari password setiap tempat. Total semua ada 10 tempat yang kami kena pergi.


Selesai jer aktivit Scavenger Hunt dapat cap daripada Shaklee dengan sebotol Vita-C Plus. Baik tau Shaklee nih ada jer hadiah nak bagi :')

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari, so it's lunch time.

Sepanjang kami berada di atas Cruise, kami boleh pilih untuk makan di mana-mana restoran yang ada atas Cruise ni. Di antara 4 restaurants yang ada, hanya 3 daripadanya yang halal. Yang non-halal restaurant tu nama dia Oceanviews. So, kami pergi mana-mana tiga restoran yang halal sahaja. 

Untuk tengah hari tu kami pilih untuk lunch di Spices Restaurant.


Siapa yang tekak so Malaysian tu memang Spices Restaurant nih the best place untuk you pergi. Sebab lauk pauk dia memang berasa dan pedas sikit. Yang tempat lain semua more to international.

Selepas settle lunch, kami balik ke bilik masing-masing untuk mandi, solat dan bersiap-siap untuk turun di Pulau Langkawi. Cruise kami berlabuh di Pantai Chenang dan dari pantai Chenang nanti kami akan naik bas untuk ke Free Duty Zone untuk shopping. 


The three of us sebelum turun dari kapal :)


Mak dah ready nak shopping tuuu..


Last last kami shopping chocolates jer.


Kami selesai aktiviti shopping di Langkawi lebih kurang pukul 6 petang dan kami pun naik semula bas untuk ke Pantai Chenang. Malam nanti kami ada special dinner dengan tema 'Sarong Night' di pool side Deck 9.


Semuanya sedap-sedap belaka!


Malam dinner nih Yana dengan Husband pakai sedondon, recycle balik jer baju raya kami 2 tahun lepas :)


With my mother in law and my upline's mother in law :)


With my downlines, Rozanna and Husband.


My downlines Anis Athirah and Irizaty, muda lagi baru awal 20an. Tapi income dengan Shaklee dah 4 angka sebulan.


My super uplines Master Dosh and Master Iffah :)


Antara hadiah-hadiah yang cabutan bertuah yang disediakan untuk dinner malam tu. Dapat Vivix tuu..


Lagi cabutan bertuah, Collagen Powder..

Okay jom tengok apa lagi makanan yang ada malam dinner tu :)


Cakes dia semua sedap-sedap sangat!


Siap ada ukiran ais 'Shaklee' yang cantik sangat-sangat :)


Our President for Shaklee Malaysia.


Kambing golek pun adeeeee..


Roti Jala dia buat cantik betul. Yana rasa yang nih paling banyak Yana makan masa dinner tu :)


Semua mengikut tema Sarong, kreatif betul kan? :)


Lepas selesai aktiviti dinner malam tu, kami balik ke bilik untuk tidur awal dan berehat sebab sebab esok seharian kami bakal mengikuti aktiviti air di Coral Island, Phuket. 

Next entry Yana akan cerita berkenaan aktiviti kami di Coral Island pulak.

Stay tuned :)

P/S: Berminat untuk join team bisnes Shaklee di bawah bimbingan Yana? Boleh whatsapp Yana for more info okayh.



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com