Monday, December 16, 2019

A SHORT VACAY TO CAMERON HIGHLANDS

Assalamualaikum and Hye

Hari Rabu lepas Yana and Husband bawa anak-anak pergi short vacay kat Cameron Highlands. Isnin tu baru decide nak pergi memandangkan masing-masing muka pun dah pishang kan. Hihi.. So Mama terus buka Airbnb and booked terus Homestay.

Kitorang sampai Cameron Highlands around 3 pm and terus check in. Waktu pergi tu lalu Tapah, plan nak singgah Lata Iskandar tapi ramainyaaaa mashaaAllah. Tak jadi singgah terus straight naik ke Cameron. 


Homestay Yana booked tu kat area Tanah Rata. Selalu duduk kat Brinchang, saje try tempat lain pulak kali nih.


Nice house and very cosy! Bersih and selesa jugak.




Homestay Yana booked nih ada 3 bilik, masa booking tu rate 2 malam dalam RM500. Rate berubah-ubah ikut bila time korang booking.





Sampai-sampai jer rehat dulu, solat and siap-siap mandi baru lah keluar untuk dinner. Macam biasa lah kalau ke Cameron tak sah tak ber-steamboat kan? So first night dinner kitorang makan steamboat kat Glory 78 Steamboat (kat tepi jalan jer area Tanah Rata tak jauh dari homestay). Makan kat sini sedap dan tempat pun selesa, sesuai la bawa anak-anak.


Lepas makan terus balik homestay and rest. Esok pagi baru keluar bawa anak-anak jalan lagi. Malam sejuk sangat suhu around 15 degree! 

The next day, pukul 10 am dah siap-siap nak keluar and our first location ke Boh Tea Plantation. Dulu dah try yang Cameron Valley so this time saje try ke Boh pulak. Perjalanan nak masuk ke Boh memang mencabar sikit tapi bagi Yana berbaloi sebab banyak-banyak Tea, bagi Yana personally Boh paling sedaaaap! Memang syok minum Tea sambil menghirup udara segar gittew!






Next kitorang ke Pasar kat area Brinchang. Tengah jalan jalan kat Pasar Brinchang tadi nampak Kea Garden Guesthouse nih. So kitorang pun masuk la nak tengok ada apa. 

Kat sini ada jual makan makan and souvenir jugak. Kitorang tak de beli apa pun saje lepak kejap sebelum sambung shopping sayur dengan buah kat Pasar Brinchang 😁






Agak agak nak rest kejap sebelum sambung jalan boleh la lepak kat sini. View cantik! Nak stay kat sini pun boleh ada Guesthouse yang kat belakang tuu, rate tak sure berapa cuma bilik dia agak kecik sikit.

Masuk dalam kereta mulut dak abang dah bising asyik cakap,

“Mama Papa, Ayish nak tengok strawberry!”

Selagi tak bawa selagi tu laa duk sebut sebut. Banyak kebun strawberry kitorang cuba pergi lepas pergi Boh Tea Plantation tapi mashaaAllah ramai pulak orang tengah hari tadi. Tu yang terus pergi Pasar Brinchang tuu.. Lepas pergi pasar balik homestay bagi anak anak rehat kejap.

Then lepas Asar baru lah Husband ajak keluar awal lepas tu nak terus pergi dinner. Google google tengok Big Red Strawberry Farm nih antara yang ramai recommend jugak tapi tutup pukul 6. Masa tu dah nak dekat 5.30 pm. 





Sempat laa singgah dalam setengah jam bagi dak abang puas hati, cumanya nak petik strawberry sendiri tak sempat sebab lambat dah. Next time laa ye hari nih kita beli jer yang dah siap petik tuu..


Ingatkan kat situ ada kebun strawberry jer rupa rupanya mashaaAllah macam macam ada kat sini. Tengok jelah gambar kalau nak tau ada apa yer. Nak makan makan pun ada cumanya tadi kitorang tak sempat and nak dinner dah pun. InshaaAllah next time repeat datang sini lagi ❤️








Dinner for second night. Kalau semalam dah ber-steamboat, malam nih kita ber-shell out pulak.


Sedap and sambal dia berasa, licin kitorang makan hingga ke lala yang terakhir. Kalau korang pergi ke Cameron boleh la try in case tak tau nak makan apa, kedai makan dia tepi jalan besar jer 😁

Jumaat around pukul 11 am kitorang dah check out. Our last pit stop before turun dari Cameron. Plan asal nak singgah Cameron Lavender dulu tapi ramainya manusia mashaaAllah.. 

Terus tak jadi and kitorang pun straight pergi ke ATV & Safari. Dari bawah tu naik 4x4 fee seorang RM10, baby bawah umur free jer tak payah bayar. Tapi kalau baby kecik sangat Yana tak recommend sebab naik atas tu bumping jugak tau. 




Sampai atas tu boleh lah tengok view ladang teh, hirup udara segar sambil ambil gambar. Then turun balik boleh terus pergi makan makan kat Tea House dia sebelah jer.





Sejak Rabu tu Mama dukung dak Adik panjat bukit dengan panjat tangga tinggi tinggi demi view yang cantik cantik 😁

Sesekali pass kat Papa bila tangan Mama dah lenguh tak boleh nak bendung lagi. Kenapa tak biar jer Papa yang dukung? Sebabnya Adik nih behave bila Mama dukung jer, kalau Papa yang dukung memang dia berpusing 360 degree end up Papa laa yang tak larat. Kesian kat Papa kena drive lagi kan so Mama dukung lah Adik selagi ada kudrat.



Yang penting sebelum tidur OSTEMATRIX wajib telan kalau tak esok bangun habis sakit sakit badan. Terus lah spoil mood seharian sebab badan rasa tak selesa semua. Penting tau untuk kita jaga dan pelihara kesihatan tulang, jangan nanti tulang dah mula rapuh kita dah terdedah pada risiko Osteoporosis. Time tu jatuh sikit pun tulang boleh retak tauu.. So kena jaga daripada sekarang okayh.

Okay setakat nih dulu entry kali nih, nanti next Yana share lagi tempat yang best-best. Bye!

P/S: Cameron ramai sangat orang time weekend especially cuti sekolah nih. Nak pergi better time weekdays kalau tak jenuh laa korang nak kena menghadap jammed! 😁


Wednesday, November 6, 2019

PROMO ESP HARGA LEBIH JIMAT !

Assalamualaikum and Hye

PROMO ESP KINI KEMBALI! 📢📢


Yes you got it right, bulan nih PROMO ESP tau korang and memang jarang sangat dapat promo ESP murah macam nih 😍😍

Beli 2 tong ESP dapat 5% discount
Beli 6 tong ESP PERCUMA 1 tong!

So untuk semua pengguna setia ESP, ini lah masanya untuk korang grab ESP banyak banyak buat stock terus sebab expiry date pun lambat lagi tahun 2021 ada lebih setahun lagi.

Apa pentingnya ESP nih untuk badan kita dan apa sebenarnya yang terkandung dalam ESP?


ESP mengandungi sumber protein yang membina kulit, rambut, kuku, otot kita. Setiap inci tubuh badan kita memerlukan protein untuk berfungsi. Jadinya ESP dapat membantu untuk membekalkan keperluan protein yang cukup untuk badan 👍🏻

Apa tanda tanda badan kita kekurangan Protein?

SELALU PENAT DAN MENGANTUK

Rasa penat sebab kerja kuat atau tak cukup rehat tu normal. Tapi yang tak normalnya kalau terlalu kerap sangat penat dan bada rasa lemah je, ditambah rasa mengantuk nak tidur jer walau kita tidur awal. Itu tandanya badan kita dah start bagi signal kekurangan protein. Dalam protein ada asid amino yang penting untuk pergerakan oksigen dalam darah. 

Kurang protein -> kurang asid amino -> kurang sumber oksigen salur ke sel dan organ -> Penat, letih, tak bermaya, nak tidur! 😴😴

KULIT KELIHATAN KUSAM, MUDAH BREAKOUT DAN TONA JADI LEBIH GELAP

Salah satu kepentingan protein untuk kecantikan kulit ialah untuk membina sel sel kulit yang baru atau "baby skin" yang sihat.

Cycle kulit kita nih lebih kurang sama macam period jugak, 28 hari. So kalau korang tak cukup protein intake itu yang kulit jadi kusam sebab sel sel kulit baru kekurangan blok asas yang paling penting iaitu protein.

Bila protein tak cukup, ditambah dengan sel kulit yang dah kena attack dengan radikal bebas daripada sinaran matahari, itu yang macam macam masalah kulit akan mula timbul satu persatu. Protein nih laa yang dapat membantu untuk membaiki sel sel kulit yang sedia ada.

SELALU RASA NAK MENGUNYAH 

Kita baru lepas makan tapi kuta masih rasa nak capai snack, biskut atau apa apa la asal boleh mengunyah. Ini memang antara petanda badan kita kurang protein. Perut kita paling lambat nak hadam protein jadinya bila kita consume protein, kita akan rasa kenyang lebih lama.

Kalau badan kita kurang protein, makan lah banyak mana pun takkan rasa kenyang. Badan akan bagi signal rasa lapar sentiasa and kita akan craving makan makanan yang tinggi karbohidrat, yang manis manis, snacks sebab nak kenyang cepat. 

RAMBUT MULAI RAPUH DAN GUGUR BANYAK DARIPADA BIASA

Rambut kita juga diperbuat daripada protein. Bila badan tak cukup protein, badan kita masuk dalam “starvation mode”. Means badan kita akan start tarik protein daripada anggota badan yang tak penting seperti rambut dan kulit untuk salurkan protein tu kepada organ badan yang penting. Sebab ni lah rambut mula rapuh lepas tu gugur.

KERAP DEMAM SELSEMA

Korang tahu tak sistem imun badan kita diperbuat daripada protein? Bila badan tak cukup protein, kita tak mampu nak melawan jangkitan virus. Sebab tu kita senang jatuh sakit. 

Bila kita kurang protein, badan kita akan guna protein yang ada dalam badan untuk bagi organ badan berfungsi dan ada tenaga. Pada asalnya protein itu sepatutnya digunakan untuk membina otot, sistem imun, rambut, kuku, sel kulit. 

So boleh nampak tak effect yang akan berlaku bila korang kurang protein?

Korang tak perlu risau lagi sebab ESP nih memang membekalkan kandungan protein yang mencukupi serta mudah diserap oleh oleh badan. Consume ESP settle masalah sebab manfaat ESP cukup lengkap 👍🏻👍🏻

So for those yang baru first time nak cuba consume ESP, Yana highly recommend korang grab ESP time tengah ada PROMO nih. Memang BERBALOI dan JIMAT banyak sangat tau! ❤️

Meh whatsapp Yana terus untuk grab PROMO ESP 👇🏻

📲www.wasap.my/60162099703

▪️Postage hari hari
▪️COD Pasir Gudang & few JB area


Thursday, October 24, 2019

Pengalaman Berpantang Bersalin Normal

Assalamualaikum and Hye

Again, lambat update lagi. I am truly sorry, Yana busy sangat sangat dengan my duty as a Mommy and also a businesswoman. 



Hakikatnya Work At Home Mom nih busy dia tak boleh nak digambarkan. Time is gold la senang kata.

As mentioned before, kali ni Yana nak share pengalaman Yana berpantang bersalin secara normal pulak. Time abang dulu dah caesarean kan? Alhamdulillah this time Allah rezekikan Yana merasa push adik keluar secara normal :’)

Memang lain tau rasa dia, baik pun lagi cepat sebab takde koyak kat bawah. Dalam less than 1 week macam tu badan dah rasa sihat sangat, cumanya of course la Yana still jaga pemakanan semua dan berurut sama macam adat berpantang. Best sangat kali ni dapat urut satu badan siap sauna lagi! Masa caesarean dulu tak dapat. Sobs sobs.

So here Yana nak share dengan anda semua antara supplement Shaklee pilihan Yana sendiri semasa berpantang dulu,




•  ESP - Membantu menguatkan rahim, milk booster, kulit cantik, berikan lebih tenaga, hilangkan stretch mark, kawal selera makan untuk jaga badan bagi slim balik.

• VITAMIN C - Menguatkan sistem imunisasi agar tak mudah dijangkiti penyakit, khasiat untuk baby dapat disalurkan melalui susu badan, juga untuk kulit cerah gebu halus mulus. Vitamin C juga membantu luka bersalin kering dengan lebih cepat.

• OSTEMATRIX - Calcium supply, milk booster, lawas dan mencegah sembelit, mengelakkan sakit kaki lutut pinggang cramp.

• ALFALFA - Buang angin berlebihan dalam badan, lawas, detox, milk booster, mengetatkan kembali miss V, mengatasi masalah keputihan.

• VITA LEA - Penambah tenaga, pelengkap nutrisi, untuk kesihatan dan kecantikan keseluruhan, membantu untuk tambah darah.

• OMEGA GUARD - Membekalkan EPA & DHA untuk perkembangan minda baby disalurkan melalui susu badan, bakar lemak berlebihan, buang lemak selulit, mengatasi masalah perut buncit.

• VITAMIN E - Menghilangkan parut stretch mark dgn lebih berkesan, untuk kulit lebih flawless & glowing, juga utk mereka yg nak hilangkan parut jerawatjeragat semua yg mungkin naik disebabkan perubahan hormon semasa hamil.

•ZINC - Membantu mengeringkan dan menyembuhkan kesan luka dengan lebih cepat. Zinc juga membantu mengatasi masalah rambut gugur. A must have item dalam Set Berpantang 👍🏻

•LECITHIN - Untuk ibu yang mengalami masalah bengkak susu, boleh lah ambil LECITHIN. Memang sangat sangat membantu dalam mengurangkan bengkak susu. Sakit kan bila terkena bengkak susu boleh jadi sampai demam 😅



BOLEH KE CONSUME VIVIX SELEPAS BERSALIN SEMASA BERPANTANG?



Sesetengah wanita memang tak larat nak consume terlalu banyak supplement dalam set berpantang. Yana ada customer yang macam nih, bila bagi full set list set pantang terus rasa nak nanges sebab banyak sangat nak kena telan kata nyaa.. 😅

So ada yang tanya kat Yana, boleh tak kalau nak ambil Vivix sahaja?

Jawapan Yana, boleh tu memang la boleh. Tapi Yana tetap akan suggest ambil tambahan at least ESP dan Ostematrix. Yang lain tak nak ambil pun tak pe.

Polifenol dan Resveratrol dalam Vivix nih dapat membantu untuk mempercepat proses baik pulih luka, both luka bersalin secara normal atau pun bersalin caesarean.

Feedback daripada Yana sendiri yang sememangnya dulu fully berpantang dengan Shaklee:

☑️Luka bersalin normal recover in 3 days, nurse puji tak nampak kesan jahit dan takde kesan apa apa pada luka

☑️Badan rasa lebih fresh dan bertenaga walau tak cukup tidur dan rehat

☑️Susu badan Alhamdulillah sangat banyak dan pekat

☑️Berat badan back to normal in 2 weeks, perut kembali ramping

Untuk bakal bakal Mama yang due tak lama dah tu, boleh lah start prepare Set Berpantang yer. Yang tengah berpantang atau nak habis pantang nak consume pun boleh tau. InshaaAllah Set Berpantang Shaklee nih antara pilihan yang terbaik 👍🏻

Boleh terus hubungi Yana untuk order dan pertanyaan lanjut.




Wednesday, June 19, 2019

I am now a Mother of Two !

Assalamualaikum and Hye :)

MashaaAllah.. Lama betul rasanya tinggalkan blog sampai bersawang sawang dah. Lepas ni inshaaAllah kena make sure rajin menulis balik sebab banyak sungguh cerita yang terbengkalai kat blog ni.

For those yang follow Yana di Facebook and Instagram, sure korang dah tahu Adik Ayish dah selamat pun bersalin 20th December 2018 yang lalu. 



Alhamdulillah, kali ini Yana berpeluang untuk merasai pengalaman bersalin secara normal :’) Syukur Allah permudahkan. Memang dari awal Yana pregnant dah pasang niat untuk bersalin secara normal, dulu time abang kan Yana bersalin czer.

Aleesya Maisara nama diberi. Esok inshaaAllah Aleesya genap 6 bulan. Currently Aleesya masih fully breastfeeding and Mama pun dah excited nak bagi dia makan yeay!


Mama and Aleesya di hari raya ❤️


My dearest cikebum cikebum ❤️


Mama of two, sayang both of them so much ❤️

Kalau tanya Yana pengalaman bersalin secara normal dan czer, mana yang Yana prefer? 

Of course Yana pilih untuk bersalin secara normal. Walau pun sakit tak terkata masa contraction, masa kena push sampai lah masa baby keluar, tapi waktu berpantang lebih enjoy dan cepat recover. Dalam masa 3 hari badan rasa lebih kuat dan sihat. 


Untuk bersalin normal semestinya pilihan Yana semasa berpantang tetap dengan Set Berpantang Shaklee juga :)

InshaaAllah next post Yana akan share pengalaman Yana berpantang dengan Shaklee kali nih untuk bersalin secara normal. Have a nice day!



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com